KUALA LUMPUR: Dikurniakan kelebihan memiliki deria ‘keenam’ membuatkan hidup Iqbal tidak tenang.
Sering diganggu makhluk halus dan ancaman dari dunia alam ghaib membuatkan dirinya sukar membezakan antara realiti dan hal ghaib.
Kehidupan penuh misteri Iqbal menjadi teras filem baharu arahan pengarah tersohor tanah air, Dain Said berjudul Harum Malam yang akan berada di pawagam bermula 9 Februari 2023.
Menurut Dain, dia teruja untuk kembali mengarah filem seram selepas naskhah Dukun mendapat sambutan ketika ditayangkan pada 2018.
“Kali terakhir saya mengarahkan filem seram Dukun pada tahun 2006. Saya tidak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan terutama peminat filem seram, Februari tahun depan,” kata Dain dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Harum Malam dibintangi oleh para pelakon handalan antaranya Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.
Filem ini turut mengetengahkan pelakon muda Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.
Naskhah terbitan syarikat produksi Apparat bakal bekerjasama dengan D’Ayu Pictures serta Skop Productions diterbitkan dengan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Dalam pada itu, Harum Malam juga bakal ditayangkan di pentas antarabangsa, Festival World Premiere di Fantastic Fest, sebuah festival filem bergenre seram dan fantasi terbesar di Amerika Utara dengan tajuk Blood Flower.
Filem-filem lain yang pernah ditayangkan di festival itu antaranya filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007) arahan Paul Thomas Anderson yang bakal berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.
Bukan itu sahaja, Harum Malam juga sudah memperoleh slot untuk ditayangkan di Festival Filem Sitges di Sepanyol pada Oktober depan.
Faida Rahim
Tue Sep 27 2022
Harum Malam juga bakal ditayangkan di pentas antarabangsa, Festival World Premiere di Fantastic Fest, sebuah festival filem bergenre seram dan fantasi terbesar di Amerika Utara dengan tajuk Blood Flower. - Foto Apparat
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
'Dukun' dinobat Filem Terbaik di Anugerah Skrin
Filem arahan Dain Said yang memapar kisah dukun wanita yang terpalit dengan kes pembunuhan berprofil tinggi diangkat sebagai naskhah terbaik.
Interchange diiktiraf di peringkat Asia Pasifik
Filem arahan Dain Said yang pernah menjelajah pelbagai festival filem antarabangsa seluruh dunia sebelum ini terus meraih perhatian dunia.
Bunohan, ada semangat di sebalik kelir
Artikel tersebut yang bertajuk 'Bunohan, Ada Semangat Di Sebalik Kelir' telah menerima 487 perkongsian di laman sosial dan 42 ulang tweet (RT).
Kemenangan awal bukan penanda Bunohan filem terbaik
Kemenangan "Bunohan" meraih tiga anugerah pada malam pembukaan bukan penanda filem arahan Dain Said itu bakal menang anugerah utama filem terbaik.
Bunohan tewas ke senarai akhir Oscar
Filem arahan Dain Said, Bunohan tidak berjaya disenaraikan dalam senarai teratas untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-85.